
Feri Pulau Pinang telah beroperasi sejak tahun 1920an lagi, lalu menjadikannya perkhidmatan feri yang tertua di Malaysia. Feri ini menghubungkan seberang perai ditanah besar dengan pulau pinang.
Pelayaran selama 15 minit ini membolehkan penumpang menikmati pemandangan indah Pulau Pinang, disamping menjadi satu mode pengangkutan yang penting untuk menghubungkan pulau pinang dengan seberang perai dan sebaliknya

Pada mulanya feri ini diwarnakan dengan warna kuning pinang tetapi sekarang dengan initiatif kerajaaan feri2 ini telah dipercantikan dengan pelbagai warna yang menarik
Armada sebanyak 8 buah feri yang diberi nama Pulau Pinang, Pulau Payar, Pulau Angsa, Pulau Kapas, Pulau Rimau, Pulau Undan, Pulau Rawa dan Pulau Talang-Talang Feri feri ini belayar megah diperairan selat yang memisahkan Pulau Pinang

Pelabuhan Pulau Pinang adalah sebuah pelabuhan yang unik kerana menjadi satu satunya pelabuhan diMalaysia yang menawarkan perkhidmatan feri,dan menghubungkan Pengkalan Raja Tun Uda disebelah pulau dengan Penkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth

No comments:
Post a Comment