but sebagai Kebun Bunga,atau Botanical Garden tapi peduduk tempatan lebih selesa memanggil tempat ini dengan panggilan Waterfall. Salah satu tempat yang paling menarik dan harus dikunjungi jika anda berada di Pulau Pinang, Pada masa dahulu tempat ini juga sering dikunjungi sebagai salah satu tempat perkelahan yang menarik, tapi sekarang ianya lebih kepada tempat riadah atau bersenam. Aliran sungai jernih didalam taman yang indah dengan pohon pohon yang redup dan hijau akan membuat siapa saja merasa tenang.
Satu lagi daya tarikan tempat ini ialah dengan adanya ratusan monyet2 yang menjadi penghuni tetap disini semenjak zaman dahulu lagi, Pada waktu dahulu ada penjual yang menjual kacang kepada pengunjung untuk diberikan kepada monyet2 ini , tapi sekarang anda tidak lagi dibenarkan memberi makanan kerana kadang2 monyet2 ini boleh menjadi ageresif.
Taman kebun bunga Pulau Pinang telah memainkan peranan sebagai sebuah institusi botani yang penting di Malaysia. Ciri2 fizikal taman yang bersifat semulajadi, nyaman dan tenteram selama ini telah memberikan nikmat dan keseronokan kepada masyarakat tempatan dan berjuta pengunjung
Selain daripada menjadi arbotratum penyimpan spesimen dan tumbuhan hidup yang berharga. Taman kebun bunga juga menjadi lokasi utama untuk menjalani aktiviti pemeliharaan botani, pendidikan dan latihan. Disamping itu ia juga sedang memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pembangunan dan perkembangan industri hortikultur dan perlandskapan

Taman kebun bunga sebagai sebuah taman riadah dan rekeriasi awam yang utama di bandaraya Georgetown Pulau Pinang telah dijadikan tempat riadah yang paling popular dikalangan masyarakat tempatan. Mereka datang beramai ramai pada setiap hari untuk membuat senaman, bersiar siar dan menikmati alam semulajadi yang terpelihara

Silalah berkunjung ditempat ini masa lawatan dari pukul 5 pagi hingga ke pukul 8 malam setiap hari masuk adalah percuma
Ismoko Jember waktu berkungjung di taman botani Pulau Pinang
pose istimewa Ismoko bersama Mbak Menik , Nurul dan Shafiqah waktu kunjungan di Taman Botani Pulau Pinang












.jpg)
